Monday 27 March 2017

Tutor Terbaik Tak Semestinya Ayah Terbaik Tapi Saya Sentiasa Mencuba




Ni lah kerja saya setiap kali ada anak nak exam besar.

Saya akan monitor results exam dia

Contohnya tahun ni anak nak UPSR sekali lagi. Anak ke-2

Saya akan kaji kenapa markah dia drop atau naik

Saya akan BANTU dia mana yang boleh

Terus bantu

Jangan tunggu dah nak exam baru nak bantu

Saya pernah kongsikan sebelum ni

Mungkin ada orang yang dah meluat dengan cadangan saya yg tak habis2 ni

Terpulanglah.....

Nak follow, follow

Saya berbalik kepada TUJUAN ASAL saya buat KIBAD

Iaitu untuk bantu anak saya

Ada parent tanya saya "Sir mcm mana cara nak bantu ank selain bljr bersama2 & ikut kaedah sir? Ank sy masih blm ada kesedaran nak fokus.. nak bljr pun kene suruh byk kali baru nak bljr.."

Jawapan saya "Tugas kita untuk SEDIAKAN dan USAHA dan USAHA dan USAHA. CUBA je apa sahaja kaedah yang kita dengar. BUAT SEMUA. Then tanya anak, cara mana yang dia paling SUKA"

Then ada pula yang bertanya "Sir share tips nk mahir b.i kertas 2" dan "Sir share tips nak mahir matematik...anak saya masih lemah dlm matematik" dan banyak lagi soalan yang serupa iaitu meminta tips.

Then saya jawab "Semua tips bermula dengan ANALISIS MASALAH ANAK....
Dah buat tu ke belum?                      
Kalau dah buat, SIAPA yang buat?                      
Mesti orang yang PAKAR yang buat                      
Kalau itu pun BELUM BUAT, lupakan dulu tips2 lain
Kita boleh ada 1001 tips, tapi semuanya tak berguna kalau kita belum buat yang tu"

Then ada parent komen "Insyaallah sy akan kenalpasti caranya.. Utk math sy tgk kertas ujian, byk sgt salah akibat cuai.. x baca soalan dgn betul.. ayat math x buat.."

Saya balas "Analisis buat sendiri, biasanya KURANG TEPAT. Dapatkan BANTUAN PAKAR"

Cari orang yang pakar
Boleh jadi cikgu subjek
Boleh jadi guru tuisyen
Boleh jadi abg sedara yang dah masuk U

Cari yg FREE dulu

Kalau yg FREE tak memuaskan hati
Baru cari yang berbayar

Bila nak buat analisis, pastikan semua kertas soalan dan jawapan exam untuk at least 2 exams ada depan mata pakar

Dia tak boleh buat analisis guna kertas magic box sebab tak dijawab dalam situasi exam sebenar

Result analisis mestilah detailed dan boleh diambil tindakan serta merta

Anak pun mesti TAHU tentang semua keputusan supaya dia NAMPAK apa kelemahan dia sebenarnya yang sebenarnya KECIK je

Cuma dok berulang, dan biasanya disebabkan oleh KEMALASAN DIRI sendiri

Kalau RAJIN, takde masalah nak SKOR.


Signed,
HT Amir a.k.a Tutor Terbaik yang juga ingin jadi Ayah Terbaik