Testimoni Pelajar

Testimoni 1 : SIFU Terbaik untuk anak


TESTIMONI TERBAIK MEMBAKAR SEMANGAT

Parent selalu bertanya "Cikgu mengajar di sekolah mana?"

Soalan tersebut menunjukkan parent tidak peka tentang industri home tuition, bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia iaitu untuk menjadi seorang hometutor, seseorang itu TIDAK PERLU menyandang jawatan seorang GURU SEKOLAH.

Kenapa? Itu topik lain. Topik yang wajar diberi slot khas. Nantikan artikel tersebut ya!

Sekarang, kita berbalik kepada soalan asal tadi. "Cikgu mengajar di sekolah mana?"

Jawapan saya ialah "Saya BUKAN guru".

Ya, saya BUKAN cikgu sekolah.

Saya TIDAK PERNAH mengajar di mana-mana sekolah.

Tapi saya MINAT MENGAJAR. Saya ada BAKAT MENGAJAR. Saya mengajar tuisyen dan home tutoring secara part time dan tidak serius, sejak 1991 lagi. KLIK SINI untuk sejarah penglibatan saya dalam bidang ini. 

Bila tidak serius, hasilnya pun tidak membanggakan. Diri sendiri sebagai tutor juga tiada kemajuan. Pelajar dapat manfaat, tetapi tidak boleh dibanggakan sangat.

Tetapi apabila saya buat kerja ini FULL TIME sejak 2 tahun yang lepas, segala-galanya berubah.

Saya nampak semakin jelas bahawa inilah dunia saya. Inilah kepakaran saya. Inilah kehebatan saya. Rakan baik, Tajudin juga memberikan testimoni peribadi bahawa "this is your line, bro". Malahan anak-anak beliau juga menjadi tutees saya.

Dan matlamat saya sangat JELAS iaitu untuk menjadi home tutor terbaik Malaysia!

Terbaik bukan pada anugerah atau award atau gelaran oleh sesiapa, tetapi bagi diri saya sendiri. Saya ingin jadi yang terbaik saya boleh jadi.

Maka saya telah mencuba sedaya mungkin, untuk memberi yang terbaik kepada tutees saya.

Ada yang menjadi, seperti Rabiatul (dalam gambar testimoni di atas) dan ada yang tidak menjadi. Ada yang hanya bertahan beberapa hari kemudian tidak mahu saya mengajar dan ada yang minta sambung hingga ke tahun hadapan. Semua itu asam garam hidup seorang tutor.

Pendeknya, kita hanya merancang dan Tuhan yang menentukannya. Tetapi kita sememangnya wajib merancang dan wajib mencuba 200% untuk melaksanakan rancangan kita. Gagal tutor gagallah anak didiknya.

Jadi, menjadi harapan saya agar tutees baru saya yang bakal saya didik pada tahun 2015 nanti mendapat hasil yang terbaik daripada diri saya yang lebih baik.

Amiin.

HT Amir
1hb Nov 2014

p/s: Masih ada kekosongan dalam jadual saya setakat 1hb Nov 2014. Jika anda berminat, bolehlah PM ke 018-227 6438 untuk berbincang.


HIMPUNAN TESTIMONI LAIN

Testimoni 2 - SERONOK Belajar



Testimoni 3 - TIDAK SABAR Tunggu Kelas Ke-2



Menurut ibunya, saya guru yang paling penyabar dengan kerenah anaknya.

In Shaa Allah, saya cuba yang terbaik.

Result exam hujung tahun pun dah keluar. Alhamdulillah pelajar ini ada peningkatan.

Now dah habis exams pun Tutoring masih berjalan seperti biasa.....


Testimoni 4 - Ibu dari Singapura SUKA NOTA Home Tutor 



Testimoni 5 - Anak ada KEMAJUAN MENDADAK 


1. Kerana nada kegembiraan ibu pelajar ini yang amat berterimakasih kepada saya.
2. Sedangkan saya hanya sempat tutoring anak beliau selama 2 jam sahaja pada malam sebelum exam!
3. AKIBATNYA....si ibu mula YAKIN dengan kebolehan anak sendiri (berbeza dengan sebelum itu...)
4. Of course si ibu mula bercerita dengan rakan2 tentang teknik mengajar saya yang amat digemari dan boleh diterima oleh anaknya.

Alhamdulillah!


Testimoni 6 - Tutor Juga SUKA BACA PERKONGSIAN saya 

Testimoni 7 - Keyakinan Meningkat



Pertama sekali, saya berasa amat terharu dan berterima kasih atas pujian yang diberikan. Saya hanya berkongsi apa yang saya tahu, berdasarkan sedikit pengalaman yang saya ada yang masih cetek dalam mendidik pelajar. Segala ilmu yang saya ada, BUKAN ilmu saya 100%. Semuanya datang daripada Allah, sama ada melalui pembacaan atau ilham yang datang, yang berasaskan sesuatu perkara yang saya lihat dan alami sendiri. Maknanya, tiada satupun yang saya boleh claim sebagai HAK saya. Walaubagaimanapun, saya suka amalkan apa yang saya rasa boleh berjaya, dan terus amalkan bila terbukti berjaya. Sememangnya ayat "Bukan Kamu Tak Pandai, Cuma Belum Tahu Je" itu AMAT BERKESAN. Tapi ada pendahuluan kepada ayat tersebut ye, bukan setakat sebut ayat itu sahaja.....

Saya setuju, kita jangan mengejar duit. Duit akan lari. Seeloknya kita berniat untuk membantu anak bangsa, memandaikan mereka dan menyelesaikan masalah ibubapa yang risaukan dan prihatin tentang pendidikan anak mereka. In Shaa Allah the money will come.

In Shaa Allah saya akan terus berkongsi, selagi hayat dikandung badan. Lagipun ini adalah kerja saya. Hidup saya.

Testimoni 8 - FIRST IMPRESSION counts 


Testimoni 9 - POSITIVE FEEDBACK is good! 


Testimoni 10 - Anak lidah Mat Saleh, slow progress tapi Menggembirakan Ibu 


Tak semua ibu boleh happy bila anak dia tak dapat A.

Tapi ibu ini boleh dikatakan happy.

Setahun lepas anaknya memang Mat Saleh habis.....baru balik UK.

Now boleh dapat 77% dalam Penulisan BM Tahun 5. Anak saya sendiri pun dapat 72% sahaja. Huhuhu.....

Kena work harder lepas ni bersama-sama anak.

No comments:

Post a Comment