Wednesday, 26 November 2014

Mahal ke kadar yuran Home Tuition kat Malaysia ni?



Ada ibu yang bertanya BERAPA YURAN Home Tutor.

Saya tak boleh jawab untuk tutors lain sebab lain tutor, lain kadar yurannya. Kalau dikaji kadar yuran di pasaran pun akan dapat kadar berbeza-beza (seperti dalam gambar).

Kadar yuran bergantung kepada banyak faktor seperti negeri, pengalaman, bilangan subjek, bilangan pelajar, kekerapan kelas, keperluan khas pelajar dan banyak lagi.

Berikut ialah jawapan saya kepada ibu tersebut.

"Market rate untuk UPSR adalah RM35 hingga RM50 sejam, berdasarkan kelayakan, pengalaman dan kadar biasa tutor tu sendiri.

Ada tutor yang caj RM35 setiap jam dan setiap subjek. Jadi kalau 2 subjek, dah RM70 sejam.

Ada juga (macam saya) yang caj per jam sahaja, tak terhad berapa subjek. Tapi saya caj RM50/jam. Jadi kalau 1 subjek pun RM50/jam, jalau 4 subjek pun RM50/jam. Tapi setiap jam hanya boleh ajar maksimum 2 subjek sahaja (faktor masa)

Jadi, berapa yang perlu puan standby sebenarnya?

Bagi saya, jawapan tu sebenarnya terletak pada puan sendiri. Berapa RM yang puan sanggup ketepikan untuk bayar yuran Home Tuition.

Jika RM105 sahaja, maka kalau tutor tu caj RM35/jam maka anak puan akan dapat 3 tutorial sahaja sebulan.

Kalau RM210, makan 6 tutorial hours. Dan seterusnya.

Itu kalau RM 35/jam.

Kalau RM50/jam, hanya 2 hours tutorial kelas untuk RM100 bajet dan seterusnya.

Puan boleh cuba survey harga yuran dalam internet dan puan boleh dapat agak harga pasaran.

Tentang tutor wanita ni saya perlu tanya dia berapa dia akan caj.

Tapi saya perlu tahu juga apa bajet puan.

Harap penjelasan ini jelas."


Sebagai kesimpulan, bagi ibu bapa yang ingin mencuba kaedah saya yang selalu saya kongsikan di Page ini, bolehlah mempertimbangkan kadar yuran saya. Jika kadar yuran yang menjadi halangan, akan sentiasa ada tutor yang sanggup ambil kelas pada kadar yang tuan puan mampu (mungkin kerana faktor rumah lebih dekat, jadi tiada kos tambahan untuk tol atau petrol).

Monday, 10 November 2014

Teknik Mengajar Pada Hari Pertama


1 - Pastikan DI MANA pelajar SEKARANG & KE MANA dia hendak PERGI/TUJU? 


2 - Menentukan MATLAMAT Jangka Panjang & Jangka Pendek



3 - Kenalpasti SUMBER mencapai MATLAMAT


4 - Biar pelajar yang TENTUKAN

Definisi frasa 'Guru Terbaik'

Gambar 1 : Makna menjadi seorang GURU

Seseorang cikgu itu tugasnya mengajar.

Guru pula lebih daripada mengajar. Guru 'melahirkan' insan kamil yang seimbang JERI nya.

Kata2 dalam gambar tersebut menjadi pegangang saya untuk 'menyentuh' anak didik saya.

Semoga mereka berjaya mencapai dan menggapai cita2 mereka..

Amiin.