Monday, 27 March 2017

Tutor Terbaik Tak Semestinya Ayah Terbaik Tapi Saya Sentiasa Mencuba




Ni lah kerja saya setiap kali ada anak nak exam besar.

Saya akan monitor results exam dia

Contohnya tahun ni anak nak UPSR sekali lagi. Anak ke-2

Saya akan kaji kenapa markah dia drop atau naik

Saya akan BANTU dia mana yang boleh

Terus bantu

Jangan tunggu dah nak exam baru nak bantu

Saya pernah kongsikan sebelum ni

Mungkin ada orang yang dah meluat dengan cadangan saya yg tak habis2 ni

Terpulanglah.....

Nak follow, follow

Saya berbalik kepada TUJUAN ASAL saya buat KIBAD

Iaitu untuk bantu anak saya

Ada parent tanya saya "Sir mcm mana cara nak bantu ank selain bljr bersama2 & ikut kaedah sir? Ank sy masih blm ada kesedaran nak fokus.. nak bljr pun kene suruh byk kali baru nak bljr.."

Jawapan saya "Tugas kita untuk SEDIAKAN dan USAHA dan USAHA dan USAHA. CUBA je apa sahaja kaedah yang kita dengar. BUAT SEMUA. Then tanya anak, cara mana yang dia paling SUKA"

Then ada pula yang bertanya "Sir share tips nk mahir b.i kertas 2" dan "Sir share tips nak mahir matematik...anak saya masih lemah dlm matematik" dan banyak lagi soalan yang serupa iaitu meminta tips.

Then saya jawab "Semua tips bermula dengan ANALISIS MASALAH ANAK....
Dah buat tu ke belum?                      
Kalau dah buat, SIAPA yang buat?                      
Mesti orang yang PAKAR yang buat                      
Kalau itu pun BELUM BUAT, lupakan dulu tips2 lain
Kita boleh ada 1001 tips, tapi semuanya tak berguna kalau kita belum buat yang tu"

Then ada parent komen "Insyaallah sy akan kenalpasti caranya.. Utk math sy tgk kertas ujian, byk sgt salah akibat cuai.. x baca soalan dgn betul.. ayat math x buat.."

Saya balas "Analisis buat sendiri, biasanya KURANG TEPAT. Dapatkan BANTUAN PAKAR"

Cari orang yang pakar
Boleh jadi cikgu subjek
Boleh jadi guru tuisyen
Boleh jadi abg sedara yang dah masuk U

Cari yg FREE dulu

Kalau yg FREE tak memuaskan hati
Baru cari yang berbayar

Bila nak buat analisis, pastikan semua kertas soalan dan jawapan exam untuk at least 2 exams ada depan mata pakar

Dia tak boleh buat analisis guna kertas magic box sebab tak dijawab dalam situasi exam sebenar

Result analisis mestilah detailed dan boleh diambil tindakan serta merta

Anak pun mesti TAHU tentang semua keputusan supaya dia NAMPAK apa kelemahan dia sebenarnya yang sebenarnya KECIK je

Cuma dok berulang, dan biasanya disebabkan oleh KEMALASAN DIRI sendiri

Kalau RAJIN, takde masalah nak SKOR.


Signed,
HT Amir a.k.a Tutor Terbaik yang juga ingin jadi Ayah Terbaik


Thursday, 5 January 2017

Games Untuk Main Dalam Kelas BI Supaya Seronok

Gambar dah ada
Now just use your imagination and creativity to make it work!

Bapa Tutor Tapi Anak Tetap Pergi Tuisyen

Bapa 'bekerja' malam.

Maksudnya bapa perlu 'tinggalkan' rumah dan anak di rumah.

Sementara bapa bekerja, macam bapa-bapa yang lain, bapa tidak dapat tentukan atau pastikan yang anak akan belajar

Jadi bapa hantar anak kepada cikgu2 lain di pusat tuisyen agar anak dapat memanfaatkan masa pada waktu malam dengan berfaedah.

Asalkan bapa dapat 'cover' kos tuisyen anak dengan yuran home tuition yang bapa kenakan kepada para pelajarnya.

Mengesan, Merekod & Memperbaiki Kelemahan Tutee

Ini TUGAS UTAMA seseorang Tutor

Iaitu untuk MEMBANTU tutee beliau TAHU, FAHAM dan INGAT tajuk-tajuk yang dia bermasalah nak TFI.

Tajuk-tajuk yang dah TFI boleh skip.

Ini pendapat ikhlas saya.

Kenapa dah buat kerja DOUBLE dengan yang anak dah TFI di sekolah, kan?




Sunday, 1 January 2017

Kisah Perjalanan Kelas Elit Misi 6A (KEM6A)


1hb Jan 2017
Pada mulnya saya mendapat IDEA untuk membuat Bengkel Misi 6A untuk mengajar Teknik Belajar kepada calon-calon UPSR 2017 dengan kekerapan SEBULAN SEKALI sahaja.

Tetapi, saya terfikir....sekiranya saya buat pelbagai bengkel setiap minggu, dan Bengkel Misi 6A HANYA SEKALI sebulan, maka apakah yang akan terjadi kepada anak saya yang juga calon UPSR 2017, di rumah?

Jawapannya, dia akan HANYUT! Dia takkan STUDY. Dia akan RUGI masa weekend tersebut.

Maka saya membuat keputusan untuk mengorbankan POTENSI mendapat PENDAPATAN tinggi daripada penganjuran pelbagai bengkel di hujung minggu.

Sebaliknya saya membuat keputusan untuk mengadakan "Bengkel Misi 6A" setiap minggu dengan bilangan peserta seramai 10 orang sahaja.

Maka saya pun mengiklankan "NIAT" saya untuk membantu beberapa orang pelajar lain sambil-sambil saya berusaha untuk membantu anak sendiri. Of course bukan sekadar 'bantu', akan ada caj kerana semua perkara memerlukan duit utuk kita buat atau capai. Nothing is free in this world.

Kemudian saya pun mengiklankan NIAT saya tersebut......

Dan tanpa disangka-sangka, ada LEBIH daripada 10 orang ibu bapa yang berminat. Maka terpaksalah melalui proses pemilihan untuk mencari peserta yang benar-benar komited.

Tanpa disangka-sangka, angka akhir telah melonjak kepada 17 orang peserta setakat ini.

Kesimpulannya saya rasa SERONOK kerana dapat membantu anak saya, sambil dapat bantu anak orang lain dan MASIH mendapat pendapatan yang MENCUKUPI untuk bantu saya memenuhi tuntutan kewangan yang menggila di tahun baru 2017 ini.

Image may contain: 10 people, people sitting
Sebelum Kelas Bermula


Image may contain: 5 people, people smiling, people sitting
Sesi Ice-Breaking: Tukar2 Buddy


No automatic alt text available.
3 Perkara Pertama dalam Nota

Image may contain: sky, cloud, house and outdoor
Rumah di mana semua ni berlaku


Image may contain: 7 people, people standing and indoor
Sesi Air Mata Kesedaran


Image may contain: 9 people, people smiling, people sitting, people eating, table and food
Breakfast Roti Canai, sumbangan seorang Parent


Image may contain: indoor
Selain belajar 'akademik', peserta di'latih' untuk cuci pinggan & cawan sendiri!

Image may contain: 4 people
Danish berjaya mentransformasi dirinya menjadi HEBAT membuat nota!

Image may contain: 10 people, people sitting, people eating and child
HT Amir belanja Pizza

UPDATE TERKINI KEM6A - 7hb Mac 2017

KEM6A dah PENUH buat masa ni
Dari segi jumlah peserta dah penuh

Tapi kadang2 ada minggu2 tertentu yang ramai tak hadir

Jadi saya akan BUKA kepada ORANG LUAR yang berminat nak MERASA suasana pembelajaran KEM6A

So, nantikan IKLAN setiap minggu

Sebab saya tak boleh halang peserta KEM6A untuk pergi bengkel lain. Malah saya galakkan. Cuma saya minta hadir KEM6A secara konsisten at least 70%. Maknanya kalau dah 10 kali buat KEM6A, 7 kali hadir KEM6A, 3 kali boleh hadir yang luar.

Rule of Thumb, 

10 kali KEM6A, 7 kali mesti hadir
3 kali lagi boleh hadir bengkel lain

Balik kampung saya tak terima sebagai termasuk dalam 3 kali tu
Kalau 1 kali balik kg OK
2 kali lagi bengkel lain

Harap Maklum

BOLEH atau PERLU STOP TUISYEN ke Jika join KEM6A?

JANGAN!

KEM6A bukan konsep tuisyen kat luar

KEM6A konsep BENGKEL

Kami buat semua aktiviti yang buat BELAJAR JADI SERONOK

Saya ajar semua subjek yes, tapi menggunakan pendekatan MAGIC BOX. Hanya time bincang jawapan sahaja saya akan MENGAJAR. Itupun topik2 yang ramai TAK FAHAM.

Harap maklum.

TESTIMONI PESERTA KEM6A

Umar


Danish
Adib

Ameer

Trip ke FRIM

Shaheran

PANDUAN kepada Peserta Sementara (PS)
1. Jika anak anda ada items seperti di hujung nota panduan ini, SILA BAWA. Jika tiada, abaikan sahaja.
2. Beri RM50 kepada anak sebagai Yuran Bengkel 7 jam, termasuk minum pagi dan lunch. Anak perlu ucapkan ayat berikut sewaktu menyerahkan yuran bengkel
"Sir, terima kasih kerana mengajar saya. Doakan saya berjaya buat UPSR2"
3. Waktu bengkel ialah dari 9am sehingga 4pm. Sila datang awal 10 minit untuk mengelakkan kelas menunggu anak atau terlepas points penting sebab KEM6A is fast moving. Kita cuba cover semua subjek dan semua TEKNIK BELAJAR yang penting.
4. KEM6A bukan untuk anak manja. Saya sering denda anak yang malas atau tak fokus. Harap maklum. Pinggan mangkuk yang digunakan sendiri, perlu dicuci sendiri juga. Solat berjemaah di surau berdekatan rumah saya. Tolong ingatkan anak untuk jaga ADAB di surau juga sebab kita menumpang tempat orang.
5. DI sebalik keseriusan saya dan macam2 rules, saya TAK SUKA nak marah. Saya suka anak2 ni ENJOY BELAJAR, SERONOK BELAJAR. So kita memang santai kadang2 tu. We try to have FUN.
6. In shaa Allah target saya untuk melahirkan pelajar SEIMBANG jasmani-emosi-rohani-intelek dalam KEM6A. Perubahan anak sepatutnya boleh dilihat dalam masa sebulan atau kurang jika anak betul2 fokus.
7. Kita USAHA, then berDOA. Semoga anak kita semua berjaya dalam UPSR dan hidup mereka selepas itu.

Aamiin.

Jika ada apa2 soalan, boleh tanya saya ya.
=====================
KEM6A Nak bawa apa?
=====================
WAJIB setiap minggu
---------------------------
1. JKS untuk hantar kat saya
2. Set Magic Box Manual (untuk buat latihan dalam kelas, belajar secara group dan untuk saya semak progress terkini dan bincang soalan2 salah)
3. Alatulis biasa
4. Alatulis khas:
i) highlighter (3 warna berbeza at least)
ii) Colour Magic (untuk lukis Peta Minda Sebenar)
.
Tak wajib (bawa hanya jika diberitahu)
---------------------------------------------
1. BTPU terkini (untuk saya semak unjuran on track)
2. TIS seminggu terakhir (untuk saya semak progress)
.
Wajib KHAS (Homework) - 12 Mac 2017
-----------------------------------------------
1. Set Kertas yang ada cerita tentang Stung By A Bee (sepatutnya dah hafal senarai words yang diberi last week sebab kalau kali ni salah ejaan, denda ketuk ketampi 50 kali setiap satu kesalahan!)


Hot Seat
=======
12th March
-------------
Shaheeran - BI - Adjectives
Alya - Math - Pecahan
.
Nak tahu lebih lanjut ttg KEM6A....

1. Baca blog ini
2. Search #KEM6A di Facebook
3. Tonton video2 di Youtube tentang KEM6A
* Ni contoh Youtube ttg KEM6A     https://youtu.be/VZxTpVXpTGo
* Boleh scroll Youtube saya untuk tonton yang lain
4. Bagi anak join Sesi Terbuka yang bila tak cukup peserta tetap KEM6A tu dan tanya anak sendiri
5. WhatsApp je kat saya di 011-2882 0890