
1hb Jan 2017
Pada mulnya saya mendapat IDEA untuk membuat Bengkel Misi 6A untuk mengajar Teknik Belajar kepada calon-calon UPSR 2017 dengan kekerapan SEBULAN SEKALI sahaja.
Tetapi, saya terfikir....sekiranya saya buat pelbagai bengkel setiap minggu, dan Bengkel Misi 6A HANYA SEKALI sebulan, maka apakah yang akan terjadi kepada anak saya yang juga calon UPSR 2017, di rumah?
Jawapannya, dia akan HANYUT! Dia takkan STUDY. Dia akan RUGI masa weekend tersebut.
Maka saya membuat keputusan untuk mengorbankan POTENSI mendapat PENDAPATAN tinggi daripada penganjuran pelbagai bengkel di hujung minggu.
Sebaliknya saya membuat keputusan untuk mengadakan "Bengkel Misi 6A" setiap minggu dengan bilangan peserta seramai 10 orang sahaja.
Maka saya pun mengiklankan "NIAT" saya untuk membantu beberapa orang pelajar lain sambil-sambil saya berusaha untuk membantu anak sendiri. Of course bukan sekadar 'bantu', akan ada caj kerana semua perkara memerlukan duit utuk kita buat atau capai. Nothing is free in this world.
Kemudian saya pun mengiklankan NIAT saya tersebut......
Dan tanpa disangka-sangka, ada LEBIH daripada 10 orang ibu bapa yang berminat. Maka terpaksalah melalui proses pemilihan untuk mencari peserta yang benar-benar komited.
Tanpa disangka-sangka, angka akhir telah melonjak kepada 17 orang peserta setakat ini.
Kesimpulannya saya rasa SERONOK kerana dapat membantu anak saya, sambil dapat bantu anak orang lain dan MASIH mendapat pendapatan yang MENCUKUPI untuk bantu saya memenuhi tuntutan kewangan yang menggila di tahun baru 2017 ini.
 |
| Sebelum Kelas Bermula |
 |
| Sesi Ice-Breaking: Tukar2 Buddy |
 |
| 3 Perkara Pertama dalam Nota |
 |
| Rumah di mana semua ni berlaku |
 |
| Sesi Air Mata Kesedaran |
 |
| Breakfast Roti Canai, sumbangan seorang Parent |
 |
| Selain belajar 'akademik', peserta di'latih' untuk cuci pinggan & cawan sendiri! |
 |
| Danish berjaya mentransformasi dirinya menjadi HEBAT membuat nota! |
 |
| HT Amir belanja Pizza |
UPDATE TERKINI KEM6A - 7hb Mac 2017
KEM6A dah PENUH buat masa ni
Dari segi jumlah peserta dah penuh
Tapi kadang2 ada minggu2 tertentu yang ramai tak hadir
Jadi saya akan BUKA kepada ORANG LUAR yang berminat nak MERASA suasana pembelajaran KEM6A
So, nantikan IKLAN setiap minggu
Sebab saya tak boleh halang peserta KEM6A untuk pergi bengkel lain. Malah saya galakkan. Cuma saya minta hadir KEM6A secara konsisten at least 70%. Maknanya kalau dah 10 kali buat KEM6A, 7 kali hadir KEM6A, 3 kali boleh hadir yang luar.
Rule of Thumb,
10 kali KEM6A, 7 kali mesti hadir
3 kali lagi boleh hadir bengkel lain
Balik kampung saya tak terima sebagai termasuk dalam 3 kali tu
Kalau 1 kali balik kg OK
2 kali lagi bengkel lain
Harap Maklum
BOLEH atau PERLU STOP TUISYEN ke Jika join KEM6A?
JANGAN!
KEM6A bukan konsep tuisyen kat luar
KEM6A konsep BENGKEL
Kami buat semua aktiviti yang buat BELAJAR JADI SERONOK
Saya ajar semua subjek yes, tapi menggunakan pendekatan MAGIC BOX. Hanya time bincang jawapan sahaja saya akan MENGAJAR. Itupun topik2 yang ramai TAK FAHAM.
Harap maklum.
TESTIMONI PESERTA KEM6A
 |
| Umar |
 |
| Danish |
 |
| Adib |
 |
| Ameer |
 |
| Trip ke FRIM |
 |
| Shaheran |
PANDUAN kepada Peserta Sementara (PS)
1. Jika anak anda ada items seperti di hujung nota panduan ini, SILA BAWA. Jika tiada, abaikan sahaja.
2. Beri RM50 kepada anak sebagai Yuran Bengkel 7 jam, termasuk minum pagi dan lunch. Anak perlu ucapkan ayat berikut sewaktu menyerahkan yuran bengkel
"Sir, terima kasih kerana mengajar saya. Doakan saya berjaya buat UPSR2"
3. Waktu bengkel ialah dari 9am sehingga 4pm. Sila datang awal 10 minit untuk mengelakkan kelas menunggu anak atau terlepas points penting sebab KEM6A is fast moving. Kita cuba cover semua subjek dan semua TEKNIK BELAJAR yang penting.
4. KEM6A bukan untuk anak manja. Saya sering denda anak yang malas atau tak fokus. Harap maklum. Pinggan mangkuk yang digunakan sendiri, perlu dicuci sendiri juga. Solat berjemaah di surau berdekatan rumah saya. Tolong ingatkan anak untuk jaga ADAB di surau juga sebab kita menumpang tempat orang.
5. DI sebalik keseriusan saya dan macam2 rules, saya TAK SUKA nak marah. Saya suka anak2 ni ENJOY BELAJAR, SERONOK BELAJAR. So kita memang santai kadang2 tu. We try to have FUN.
6. In shaa Allah target saya untuk melahirkan pelajar SEIMBANG jasmani-emosi-rohani-intelek dalam KEM6A. Perubahan anak sepatutnya boleh dilihat dalam masa sebulan atau kurang jika anak betul2 fokus.
7. Kita USAHA, then berDOA. Semoga anak kita semua berjaya dalam UPSR dan hidup mereka selepas itu.
Aamiin.
Jika ada apa2 soalan, boleh tanya saya ya.
=====================
KEM6A Nak bawa apa?
=====================
WAJIB setiap minggu
---------------------------
1. JKS untuk hantar kat saya
2. Set Magic Box Manual (untuk buat latihan dalam kelas, belajar secara group dan untuk saya semak progress terkini dan bincang soalan2 salah)
3. Alatulis biasa
4. Alatulis khas:
i) highlighter (3 warna berbeza at least)
ii) Colour Magic (untuk lukis Peta Minda Sebenar)
.
Tak wajib (bawa hanya jika diberitahu)
---------------------------------------------
1. BTPU terkini (untuk saya semak unjuran on track)
2. TIS seminggu terakhir (untuk saya semak progress)
.
Wajib KHAS (Homework) - 12 Mac 2017
-----------------------------------------------
1. Set Kertas yang ada cerita tentang Stung By A Bee (sepatutnya dah hafal senarai words yang diberi last week sebab kalau kali ni salah ejaan, denda ketuk ketampi 50 kali setiap satu kesalahan!)
Hot Seat
=======
12th March
-------------
Shaheeran - BI - Adjectives
Alya - Math - Pecahan
.
Nak tahu lebih lanjut ttg KEM6A....
1. Baca blog ini
2. Search #KEM6A di Facebook
3. Tonton video2 di Youtube tentang KEM6A
* Ni contoh Youtube ttg KEM6A
https://youtu.be/VZxTpVXpTGo
* Boleh scroll Youtube saya untuk tonton yang lain
4. Bagi anak join Sesi Terbuka yang bila tak cukup peserta tetap KEM6A tu dan tanya anak sendiri
5. WhatsApp je kat saya di 011-2882 0890