Friday, 31 October 2014

Bakat terpendam sebagai home tutor sejak kecil?


Assalam semua

Seperti yang dijanjikan dalam catatan pertama blog ini, saya akan berkongsi nostalgia ketika bakat mengajar saya mula dikesan dan dipraktikkan. Pelbagai peristiwa yang berlaku yang sebenarnya menjadi indicators atau clues kepada bakat terpendam saya sebagai seorang guru/tutor/educator.

Sebelum itu, pertama sekali, perlu ditekankan satu konsep yang amat penting iaitu TO TEACH, WE MUST LEARN. Jika kita malas belajar, atau tidak suka belajar untuk memandaikan diri sendiri, how on earth can we expect other people to learn from us?

Selain itu, ada banyak bakat lain lagi yang diperlukan yang saya akan cuba derive daripada pelbagai pengalaman saya selama ini.

1- SELF TEACH
1980 - Mengajar Diri Sendiri membaca akhbar - 
Lamanya 1980! Ya, sewaktu itu saya baru berumur 6 tahun. Mengajar diri sendiri ialah bakat mengajar yang saya gunakan sehingga hari ini. Dalam BI ialah Self Teaching. Basically sesiapa yang mampu mengamalkan Self Teaching, belajar akan jadi jauh lebih mudah kerana keinginan datang dari dalam diri sendiri.

Kisahnya begini.....ada seorang budak lelaki, anak jiran saya, tapi saya lupa namanya. Yang saya ingat dia setahun lebih tua daripada saya. Jadi budak itu berumur 7 tahun. Pada tahun itu, budak itu mati dibunuh dengan tidak sengaja oleh ayahnya sendiri, hanya kerana ayahnya berang mendengar cerita anaknya membaling pisau ke arah rakannya yang mengganggunya sewaktu sedang memotong tebu! Al Fatihah buat arwah.

Nak dijadikan cerita, sewaktu kenduri arwah budak itu, saya terdengar orang kampung bercerita yang budak itu bijak orangnya. Dia satu-satunya budak kampung yang sudah pandai membaca akhbar sejak berumur 6 tahun.

Hah! Itulah penyebabnya saya beriya-iya mengajar diri sendiri dan berlatih membaca akhbar. Hasilnya, saya juga berjaya membaca seawal 6 tahun. Tetapi tidak pasti sama ada orang kampung tahu atau peduli. Tidak penting sangat kerana saya sendiri peduli. Saya puas.

1985 - Mengajar Diri Sendiri Membaca dan Bercakap Bahasa Inggeris

2 - SHARING OF KNOWLEDGE
1983 - Mengajar Rakan2 Tentang Pelbagai Teknik Permainan Kanak-Kanak


3 - BE THE BEST
1984 - Semangat bersaing untuk dapat No.1 dalam Kelas & dalam Pop Quiz

To be continued......catatan ini akan sentiasa dikemaskinikan. Ada banyak lagi yang ingin dikongsikan.

No comments:

Post a Comment