Tuesday, 28 October 2014

Established Since 1991




Assalam pembuka kata....

Ya, kerjaya saya sebagai seorang hometutor, bermula sejak tahun 1991 lagi!

Waktu itu saya membuka kelas PERCUMA buat anak-anak kampung di Segambut. Ada dalam 6 ke 7 orang pelajar Darjah 6 yang belajar daripada saya. Saya mengajar di tingkat bawah surau pada waktu malam dan di rumah saya pada waktu siang hujung minggu.

Tetapi tidak lama kerana selepas itu saya dapat tawaran untuk fly ke England. Jadi berakhirlah kerjaya saya sebagai hometutor di waktu itu.

Tetapi sebenarnya BAKAT saya sebagai 'cikgu' telah terserlah sejak di sekolah rendah lagi. Macam mana tu?

Hah! Nantikan posting seterusnya.....

Saya akan bernostalgia tentang pengalaman Amir cilik yang mengajar rakan sekelas cara2 berpantun dan menjawab soalan Kuiz.



Sekian dulu.

Jumpa lagi!


Hometutor Amir UK,
29.10.14

PENAFIAN : Tajuk blog "Hometutor Terbaik Malaysia" itu bukanlah gelaran atau title, itu aspirasi saya. Untuk menjadi hometutor terbaik di Malaysia. Itu sahaja. Harap tidak disalah-ertikan oleh sesiapa.

No comments:

Post a Comment